#Pray4Surabaya
Sumber video dari Youtube Gara Gara Kopi – Pasca Ledakan Bom Surabaya 13 Mei 2018 |
Kami di IslamicTunes merasa sangat sebak dan sedih di atas musibah yang dicetuskan oleh ekstrimis agama yang mengebom gereja-gereja di Surabaya dan mengorbankan 18 nyawa setakat ini. Marilah kita berdoa agar korban ini tidak bertambah dan kepada yang cedera dapat kembali sihat. Salam takziah kepada semua ahli keluarga yang menerima musibah ini dan marilah kita berdoa agar mereka dapat menerima dugaan dan cabaran ini seikhlasnya atas redho Allah.
IslamicTunes mengutuk tindakan bunuh diri dan membunuh manusia-manusia yang tidak berdosa. Kami menentang segala bentuk keganasan ini dan sudah pastinya ini bukan cara Islam.
Kami berharap agar komunitas Islamictunes lokal dapat membuat kutipan derma bagi membantu meringankan beban yang terduga ini dan marilah kita semua bersedekah semampunya.
Oleh itu kami IslamicTunes menyokong usaha-usaha untuk melaksanakan program-program bagi #MembasmiKebiadapanMembelaKeadaban tetapi kami mencadangkan juga untuk menambah agar ianya juga seharus memacu kepada #MenciptaPeradaban.
Apa yang berlaku di Surabaya hendaklah tidak dilihat sebagai masalah kepada negara Indonesia sahaja, malah ianya harus dilihat dari sudut pandang masalah se Asia Tenggara. Bilamana dewasa ini kita banyak menjujung tinggi pandangan dan ideologi dari Timur Tengah dan Muslim dari Barat, kita semakin melupakan dokma dan doktrin yang telah disemai dan diamalkan oleh Muslim se Nusantara atau khususnya kepulauan Melayu termasuk Jawa, Sunda dan lain-lain lagi
Kita mempunyai nilai-nilai kita dalam beragama dan bermasyarakat. Seharusnya mencari kedamaian dan kenyamanan adalah nilai-nilai utama mencipta budaya peradaban yang mulia sesuai ciri-ciri mukmin sejati. Nilai-nilai ini telah menjadi budaya kita seNusantara menerusi ajaran dari ulamak dan pemimpin setempat khususnya dan se Asia Tenggara amnya sejak zaman dahulu kala.
Marilah kita kembalikan nilai-nilai Muslim Nusantara ini, kita perkasakan dan kita dendangkan agar hati-hati kita jadi lembut dan penuh kasih-sayang sesama umat, baik sesama Islam mahupun non-muslim. Mari kita lawan terrorisme dengan memperbanyakkan program menyuburkan hati dan mendidik jiwa.
Dan seterusnya marilah kita eksport cara dan budaya Muslim Nusantara ini kembali ke Eropah dan Barat, selain mencegah idelogi dan dokma dari sana apalagi yang mencetuskan banyak keresahan dalam membidaah dan memecah belahkan umat di rantau ini. Ayuh!
Leave a Reply