Persembahan Qasidah oleh Amer Munawer dari Kump. Al Mawled

Hadir yang memberi 1001 makna..

Sharniza Mahat

Festival Haul Tok Pulau Manis
Di sini bermulanya cinta
Dgnnya kami mengenali sejarah dirimu dan para leluhur yg banyak berjasa
Berjuang tanpa hela menegakkan agama
Menyebarkan syiar Islam di seluruh Nusantara
Festival Haul Tok Pulau Manis
Sebuah konsep yg bersifat universal dan terbuka
Membuatkan ianya mudah diterima
Dari pelbagai golongan tua dan muda
Kanak² mahupun golongan remaja
Membuka mata pada yg bukan seagama
Semua turut bersama meraikannya
Festival Haul Tok Pulau Manis
Memberi impak yg sungguh bermakna
Membuatkan jiwa2 sungguh teruja
Dirimu kini bukan shj dikenali di Kg Pulau Manis Serada
Tetapi jua di pelbagai medium dan jua pelbagai negara
Festival Haul Tok Pulau Manis
Malam kemuncak meraikanmu penuh dgn Cinta
Alunan pujian selawat dan qasidah penyeri jiwa
Lontaran pengisian para ulama ternama membuka minda
Terapan adat budaya melayu tiada dilupa
Menjadi ingatan tradisi warisan bangsa perlu dikekalkan sentiasa
Festival Haul Tok Pulau Manis
Keranamu penyatuan cinta lebih bermakna
menghubungkan ikatan kasih syg dan perpaduan sesama saudara
Jauh dan dekat turut bersama
Walau terpaksa merentasi darat, laut dan udara
Namun itu semua tidak membuatkan kami putus asa
Kerana mendalamnya huhungan cinta
Ingin kami terus melangkah bersama
Menjejaki dirimu yg penuh mulia
Kerna jasamu penuh bermakna
Tiada mampu kami membalasnya
Moga ingatan kami kepadamu terus membara
Agar diri kami dilimpahi sinar cahaya
Cahaya dari Allah kepada para kekasihNya
Yg kami mengharapkan tempiasnya
Agar diri menjadi insan yg tidak lupa
Akan asal usul kejadian kami lahir ke dunia
Moga kami tidak lalai di alam yg penuh fatamorgana
Agar dpt bersamamu di alam pengakhiran yg abadi di sana
Bangkit bersama orang² yg kami cinta
Menuju sebuah alam hakiki yang pastinya nyata..

Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *